Sweet Potato
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
Tuesday, 18 December 2012 | 21:48 | 0 Atasinchi

Mula-mula jika anda sedih, anda nangis puas-puas sampai dah tak ada air mata nak kuar. Lepas tu ambil semua barang-barang yang dia bagi kumpulkan dan buang. Segala gambar berdua tu pergi bakar dan mesej yang ada sila padam. Itu langkah utama yang paling bagus anda buat sebab anda hilangkan segala benda tentang dia. Sebenarnya kan putus cinta ni bukan sesuatu yang menyakitkan sangat. Mula-mula memangla sakit sikit sebab rasa lonely tapikan lama-lama anda happy.

Pernah dengar tak ayat ni 'Kebahagian tak akan datang kalau kita tak tahu menghargai apa yang kita ada.' Cuba anda tengok sekeliling anda, sebenarnya anda ada keluarga dan kawan-kawan. Tanpa anda sedar juga ada orang yang sentiasa mengharapkan senyuman dari anda. Cuba cari siapa yang ada tiap kali anda sedih ataupun gembira. Maksud saya disini sebenarnya masih ada orang yang akan sayang anda. Putus cinta bukan bermaksud anda dah tak leh bercinta kan? Jadi jangan bersedih bila anda hadapi masalah seperti ini sebab ia ajar kita untuk jadi kuat.

Kalau anda terlalu banyak ambil masa untuk lupakan sesuatu yang menyedihkan, anda akan hilang sesuatu yang indah yang patut anda ingat. Rugikan kalau anda lepaskan apa yang patut anda ingat? Semuanya terletak pada diri kita nak pilih untuk sedih atau just go on. Allah selalu akan bagi kita jumpa orang yang salah dulu sebelum kita jumpa orang yang betul-betul mencintai kita. Setiap yang berlaku ada hikmah sama ada anda sedar atau pun tidak. Jadi renungkan dan mulakan yang baru :)



PAST FUTURE


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕


Holla ! Peace begins with a smile.When a new day begins, dare to smile gratefully. :)
Replace with your own cute word here.
_______________________________________
◕ mybestfriend ◕


nurul haziqah.

_______________________________________
◕ Sing ◕

◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google


"